Saturday, 3 November 2018

Binatang-binatang Akikah dan Keterangannya

Akikah untuk seorang anak lelaki ialah dua ekor kambing dan bagi anak perempuan ialah seekor kambing. Kalau tidak berkemampuan untuk seorang anak lelaki memadai dengan seekor kambing sahaja.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:
Dari Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan mereka agar berakikah dua ekor kambing yang sepadan (umur dan besarnya) untuk bayi laki-laki dan seekor kambing untuk bayi perempuan. (Riwayat Tarmizi).

Keterangan

1. Adapun umur kambing untuk dibuat akikah, syarat-syarat dan peraturan menyedekahkan dagingnya adalah serupa dengan ibadah Korban. Terdapat perbezaan cara sunat menyedekahkan daging tersebut. Daging korban disunat menyedekahkan sebelum daging itu dimasak manakala daging akikah pula disunat menyedekahkan sesudah masak.
2. Binatang unta, lembu dan kerbau boleh dikongsi tidak lebih tujuh orang untuk dibuat akikah. Setiap satu bahagian menyamai seekor kambing.