Waktu akikah ialah mulai dari anak itu lahir dan tidak ada akhir waktunya. Yang afdhal melakukannya ialah pada hari ketujuh. Jika anak itu sudah sampai baligh sedangkan akikahnya belum dilakukan maka sunatlah ia sendiri (anak itu) melakukan akikah untuk dirinya dengan hartanya sendiri.
FIQAH (AKIKAH)
Saturday, 3 November 2018
Binatang-binatang Akikah dan Keterangannya
Akikah untuk seorang anak lelaki ialah dua ekor kambing dan bagi anak perempuan ialah seekor kambing. Kalau tidak berkemampuan untuk seorang anak lelaki memadai dengan seekor kambing sahaja.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:
Dari Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan mereka agar berakikah dua ekor kambing yang sepadan (umur dan besarnya) untuk bayi laki-laki dan seekor kambing untuk bayi perempuan. (Riwayat Tarmizi).
Keterangan
1. Adapun umur kambing untuk dibuat akikah, syarat-syarat dan peraturan menyedekahkan dagingnya adalah serupa dengan ibadah Korban. Terdapat perbezaan cara sunat menyedekahkan daging tersebut. Daging korban disunat menyedekahkan sebelum daging itu dimasak manakala daging akikah pula disunat menyedekahkan sesudah masak.
2. Binatang unta, lembu dan kerbau boleh dikongsi tidak lebih tujuh orang untuk dibuat akikah. Setiap satu bahagian menyamai seekor kambing.
Hukum Akikah
Hukum akikah adalah sunat muakkad bagi orang yang sedang menanggung nafkah kanak-kanak.
Adapun akikah yang dinazarkan hukumnya wajib disempurnakan.
Pengertian Akikah
Akikah ialah menyembelih binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut kelahiran kanak-kanak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T.
Subscribe to:
Posts (Atom)